Monday, 14 November 2011

Hatiku Hancur Kerana Terlalu Mencintaimu .

Aku mencintaimu, sejak dulu lagi
namun aku tidak berani meluahkannya
jika aku melafazkan padamu
sudah tentu hancur hatinya
yang menemuinya dulu
dari aku
dan dia adalah sahabatku dulu ..

tapi hatiku bagai ditoreh
melihat kau bersama gadis lain
sepatutnya aku berada ditempat itu
kerana kau tak mampu ku hilangkan
dari ingatan
tak semudah yang kufikirkan 
dan
yang kuharapkan ..

aku akhirnya dapat menerima kekecewaan ini
dan benar-benar percaya
bahwa aku boleh hidup tanpamu

aku sedar pada pandanganmu
aku cuma
sahabatmu ..
aku mengaku kini 
aku tewas
hatiku hancur kerana terlalu menyintaimu ..




No comments:

Post a Comment